Kira-kira 41 hari selepas Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari, kesan perang dapat dilihat pada wajah presiden Ukraine Volodymyr Zelensky yang berumur 44 tahun semasa lawatan ke Bucha, barat laut Kyiv.

Dia berada di Bucha selepas laporan menyatakan bahawa lebih 300 penduduk dilaporkan terbunuh di sana ditambah pula dengan beberapa siri kekejaman lain yang didakwa dilakukan oleh tentera Rusia, yang hanya terbongkar selepas tentera Rusia melarikan diri dari kawasan itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Ini adalah jenayah perang dan akan dipanggil oleh dunia sebagai pembunuhan beramai-ramai,” kata Zelensky pada hari Isnin. “Sangat sukar untuk bercakap apabila anda melihat apa yang telah mereka lakukan di sini.”

Perubahan

Pada 22 Februari, Zelensky memakai sut dan tali leher untuk tampil dihadapan rakyatnya selepas Rusia bertindak mengiktiraf dua wilayah pemisah Ukraine sebagai negara merdeka dan memindahkan tentera ke sempadan.

Ini berlaku dua hari sebelum pencerobohan.

Pada 4 April, semasa lawatan Bucha, Zelensky yang dikelilingi oleh askar, berpakaian tentera – jaket kalis peluru berwarna – kelihatan berjanggut dan muka berkedut.

Pakaian ketenteraan berwarna hijau gelap telah menjadi pakaian pilihannya, menandakan keazamannya untuk kekal dan berjuang serta mempertahankan Ukraine dalam pertempuran dengan Rusia.

Penampilan ini, bagaimanapun, jauh berbeza daripada dirinya yang berwajah segar kurang daripada enam minggu sebelumnya. Netizen menyatakan bahawa dia kelihatan lebih berumur berbanding wajahnya enam minggu sebelum perang.

Pipinya juga kelihatan lebih cengkung, manakala kulit mukanya kelihatan lebih kasar.

Untuk rekod, Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov mendakwa penemuan mayat di bandar Bucha, Ukraine sebagai ‘provokasi’ yang bertujuan untuk menggagalkan rundingan antara Moscow dan Kyiv.

Bercakap melalui mesej video yang disiarkan televisyen di Russia, beliau berkata timbul persoalan apakah tujuan di sebalik tindakan yang terang-terangan adalah provokasi yang tidak benar ini?

“Kami didorong untuk mempercayai bahawa ia adalah bertujuan mencari alasan untuk ‘torpedo’ (menggagalkan) rundingan yang sedang berjalan,” katanya.

Rundingan antara Russia dan Ukraine diteruskan selepas diplomat tertinggi mereka bertemu di pusat peranginan Turki di Antalya bulan lalu, perhimpunan pertama seumpama itu sejak permulaan operasi ketenteraan Moscow pada 24 Februari.

‘Yahudi tidak boleh berdiam diri’ – Presiden Ukraine ajak orang Yahudi bangun lawan Rusia. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Yahudi Tidak Boleh Berdiam Diri’ – Presiden Ukraine Ajak Orang Yahudi Bangun Lawan Rusia

Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Dimahukan Vladimir Putin?

Rusia vs Ukraine: Apa Akan Berlaku Jika Vladimir Putin Berjaya Tawan Kota Kyiv?