Baharu sahaja dilancarkan 3 hari, filem terbaharu Netflix ‘Murder Mystery’ lakonan hebat Jennifer Aniston dan Adam Sandler kini telah mencecah 30,869,863 tontonan. Rekod tontonan 3 hari pertama ini kini berjaya memintas rekod ‘Bird Box’.

Pada awalnya, filem terbitan Adam Sandler ini menerima kecaman dan kritikan daripada orang ramai disebabkan beberapa filem terbitan beliau yang agak ‘hambar’ sebelum ini. Filem pertama terbitan Happy Madison Production milik Adam Sandler di Netflix ialah ‘The Ridiculous 6’, menerima rating terburuk iaitu 0% daripada Rotten Tomatoes.

Murder-Mystery-Netflix-Timetable

Sumber: What’s on Netflix

Namun, beberapa faktor dan percaturan bijak diambil oleh kru produksi ‘Murder Mystery’ sehingga berjaya menarik minat penonton Netflix. Antaranya ialah pemilihan Jennifer Aniston sebagai watak utama, perjalanan cerita bersahaja, lucu dan tidak terlalu ‘try hard’ serta yang lebih penting ialah babak ‘murder’ itu sendiri yang penuh misteri menjadi penarik utama.

Untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi dalam ‘Murder Mystery’, apa kata malam ini anda luangkan masa untuk menonton filem ini di Netflix. Berikut kami sertakan trailer untuk tontonan anda.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →