Kebiasaannya, para guru akan menerima hadiah daripada anak murid ketika Hari Guru sebagai tanda penghargaan atas jasa mereka dan juga tidak pernah mengalah untuk memberikan ilmu pengetahuan.
Artikel Berkaitan:
- Pelajar Bayar ‘Lump Sum’ Kereta Perodua Aruz Sebagai Hadiah Persaraan Guru Mereka
- Cikgu Buat Live Masa Spotcheck Asrama, Netizen ‘Bantu’ Kongsi Tempat Sembunyi Barang Terlarang
- ‘Ali Awak Buat Apa Ali?’- Telatah Wartawan TV3 Ditegur Cikgu Ini Buat Netizen Tergelak
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @cikguspiderman7 telah berkongsi sebuah video dimana anak muridnya memberikan dia ‘hadiah’ dalam sebuah plastik sebagai tanda penghargaan kepadanya walaupun bukan Hari Guru.
@cikguspiderman7 syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg#cikgutiktok #tiktokguru #cikguspiderman #cikgupedalaman #pendidikan #cikgu #udang #melanau #sarawak #pancing
Menerusi video terbabit, murid itu memberikan udang galah kepadanya dan guru itu terlihat gembira apabila menerima hadiah tersebut. Difahamkan, guru itu mengajar di sebuah sekolah di Sarawak.
Video itu telah tular di media sosial dan meraih perhatian orang ramai. Rata-rata netizen turut berasa terharu melihat murid tersebut memberikan hadiah kepada gurunya.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang bekerja sebagai guru di kawasan Sabah dan Sarawak berkongsi bahawa mereka juga pernah menerima hadiah seperti itu. Malah, segelintir guru yang pernah bekerja di sana turut merindui suasana mengajar mereka.