Dari pandangan luar rumah ini kelihatan seperti kediaman yang lain. Apabila pemilik rumah ini mula membuka tingkap, menolak dinding dan menarik atap ia terus membentuk rasa kagum kepada mereka yang melihatnya.

Inilah rumah seorang arkitek bernama Richard Murphy di Endinburgh, England. Ia mula dibina pada Julai 2012 dan siap pada Disember 2014 di atas sebuah tapak tanah yang berdekatan dengan simpang jalan.

Saiz tapak tanah yang kecil bukan satu masalah tetapi cabaran yang ditangani dengan baik oleh Murphy sehingga dia berjaya mencipta kediaman yang mempunyai banyak kelebihan dan kepelikan berbanding rumah biasa.

Susulan itu, Murphy House ini telah berjaya memenangi anugerah Royal Institute of British Architects (RIBA) National Award pada 2016 dalam kategori Rumah Tahunan.

Untuk lebih details, anda boleh tonton video di bawah ini bagi melihat sendiri hiasan dalaman dan keunikan ciri-ciri rumah Murphy House ini.

Pelan Lantai

Pelan lantai pandangan sisi
Pelan lantai tingkat dua
Pelan lantai tingkat satu
Pelan lantai bawah
Pelan lantai bawah tanah

Agak-agak ada tak rumah orang Malaysia yang kreatif dan menarik? Jika ada, mohon kongsikan dengan kami di kotak mesej Facebook The Vocket atau email ke [email protected].