Seorang ibu telah mencampak bayinya ke lantai hotel ketika bertengkar dengan teman lelaki sehingga bayi itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera di kepala.

Kejadian itu berlaku ketika si ibu dilaporkan terperangkap di sebuah hotel di Romania akibat perintah penguncian yang dikenakan bagi mencegah wabak COVID-19. Dia kemudiannya terlibat dalam satu pergaduhan dengan teman lelaki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kejadian yang berlaku di Timisoara, Timis County, barat Romania itu telah dirakam oleh kamera pengawasan hotel, di mana dengan jelas kelihatan saat bayi itu dicampak ke lantai oleh ibunya.

Menurut laporan media tempatan, wanita itu berasal dari Itali, dia terpaksa tinggal di hotel tersebut setelah melahirkan bayi tersebut di Hospital Bega Maternity, dua bulan yang lalu.

CEN-MotherBabyFloor-09
Mirror

Wanita itu dikatakan tidak dapat kembali ke Lombardy. Jadi, dia terpaksa menginap di salah sebuah hotel dengan perbelanjaan yang ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan bapanya.

Teman lelakinya sering datang untuk melawat si ibu dan anaknya, sehinggalah terjadi suatu perkara yang telah membuatkan wanita itu nekad mencampak bayinya.

Media tempatan melaporkan bahawa pakar neurologi telah melakukan pemeriksaan ke atas bayi tersebut dan dia dikatakan telah mengalami kecederaan otak traumatik.

Ibu itu, yang berusia 21 tahun dan mempunyai seorang lagi anak berusia tiga tahun di Itali telah ditahan oleh pihak polis bagi siasatan lanjut.

Pelbagai kejadian yang berlaku sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan. Ada yang hilang kerja dan ada yang mengalami tekanan perasaan. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut.

Demi Untuk Terus Hidup, Lelaki Ini Berjalan 100KM Sambil ‘Melelong’ Buah Pinggangnya

Rakyat India Berbaris Panjang Beli Arak, Mahu ‘Raikan’ Kelonggaran Perintah Lockdown

Tetamu Kenduri Kahwin Terperangkap Di Rumah Pengantin Selama 35 Hari Akibat ‘Lockdown’