Sejak mula ditayangkan pada tahun 2005, kisah dua beradik Michael Scofield dan Lincoln Burrows daripada siri Prison Break terus menjadi kegilaan ramai berikutan sirinya yang penuh dengan plot twist.

Siri Prison Break yang tamat pada tahun 2009 ini nampaknya hadir dengan musim kelima lapan tahun kemudian menampilkan beberapa barisan pelakon baharu. Musim yang disangka penonton sebagai penutup siri ini nampaknya sekali lagi bakal diteruskan dengan musim terbaru menerusi pengumuman daripada Dominic Purcell yang memegang watak Lincoln Burrows.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/CFbLDh6BvPs/

Menerusi perkongsian beliau di Instagram, beliau memaklumkan Prison Break bakal hadir dengan musim keenam sekaligus membuatkan para peminat teruja. Setakat ini masih belum diumumkan tarikh tayangan rasmi serta barisan pelakon yang bakal tampil pada musim terbaru ini.

Sama-sama kita nantikan kisah apa pula yang bakal dibawakan pada kali ini. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menonton kebijaksanaan Michael Scofield serta rakan-rakannya dalam mengharungi detik yang penuh dengan cabaran.

Pada tahun lalu, siri popular ini telah diperkenalkan dalam versi manga.

Siri Popular ‘Prison Break’ Diperkenalkan Dengan Versi Manga

Michael Scofield Sebenarnya ‘Masih Hidup’ Dan Sedang Berada Di Penjara Yaman