Sejak akhir-akhir ini, boleh dikatakan keadaan kebanyakan tempat di Malaysia sudah mulai mengalami musim panas yang melampau.

Hal ini sekaligus telah membuatkan orang ramai memilih untuk memasang penghawa dingin khsusnya di siang hari bagi menangani isu ini.

Baca Juga:

Sementara itu, musim panas yang berlaku dijangka lebih ekstrem menjelang Jun ini apabila Malaysia dijangka bakal mengalami fenomena El Nino.

Sumber: Berita Harian

Difahamkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas.

Berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh Mei hingga Oktober yang dipaparkan di portal Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kebanyakan model iklim antarabangsa menunjukkan kitaran atmosfera di kawasan tropika konsisten dengan keadaan El Nino Southern Oscillation (ENSO) adalah neutral.

Bagaimanapun, laporan itu memaklumkan keadaan neutral yang sedang berlaku itu dijangka akan memasuki fasa El Nino pada Mei hingga Julai ini dengan kebarangkalian 62 peratus.

Pakar alam sekitar, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman. Sumber: Bernama

Sehubungan dengan itu, pakar alam sekitar, Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman berkata walaupun Malaysia pernah beberapa kali mengalami fenomena itu, persiapan awal meliputi semua aspek perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.

Untuk rakyat pula, Haliza berkata persediaan perlu dibuat dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti krisis air yang menyebabkan langkah seperti catuan air di sesetengah kawasan mungkin terpaksa dibuat sekali gus memberi impak terhadap aktiviti manusia.

Untuk pengetahuan, El Nino sudah 12 kali berlaku di negara ini sejak dari tahun 1951. Malah, fenomena El Nino turut mencatat rekod suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Sumber