Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mendedahkan bahawa terdapat sejumlah 1,856 perkahwinan bawah umur direkodkan di seluruh Malaysia pada 2018.

KPWKM turut mendedahkan bahawa angka ini dipegang oleh masyarakat Muslim di negara ini dengan kira-kira 1,542 kes oleh kaum muslim dan bakinya pula dipegang oleh bukan Muslim.

Perkahwinan bawah umur paling tinggi di kalangan wanita dengan 1,372 kes untuk wanita Muslim dan 293 kes untuk wanita bukan Muslim. Manakala di kalangan lelaki pula adalah 170 untuk Muslim dan 21 untuk bukan Muslim.

Sabah menjadi negeri tertinggi bagi kes perkahwinan bahawa umur dengan lebih daripada 200 kes yang dilaporkan di kalangan orang Muslim dan 10 kes melibatkan orang bukan Muslim.

Ini adalah respon kepada pertanyaan Kasthuri Patto (Pakatan Harapan – Batu Kawan) yang meminta kementerian untuk membentangkan laporan dan juga status Pelan Strategik Nasional untuk Menangani Punca Perkahwinan di Bawah Umur 2020 – 2025.

Kementerian mengatakan sebuah jawatankuasa telah dibentuk, yang diketuai oleh kementerian dan mesyuarat pertama akan diadakan pada bulan ini.

Terdahulu, Terengganu dan Kelantan antara tujuh negeri yang menolak larangan perkahwinan bawah umur. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Terengganu, Kelantan Antara Tujuh Negeri Yang Menolak Larangan Perkahwinan Bawah Umur

Jutawan Paksa Anak Perempuan Berumur 11 Tahun Kahwini Putera Saudi, Mohamed Bin Salman

Sumber