Kita sendiri boleh tahu ketegangan antara Muslim dan Yahudi tetapi gambar ini memceritakan sebaliknya. Dua kanak-kanak didukung oleh bapa mereka memegang sepanduk dengan mesej yang sama; mesej tentang keamanan.

Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar yang bekerja untuk Chicago Tribune, Nuccio Dinuzzo. Beliau tiba di lapangan terbang O’Hare yang merupakan salah satu terminal antarabangsa disana. “Ada satu tunjuk perasaan pada hari Sabtu dan Ahad di mana lebih 1,500 orang hadir untuk membantah keputusan Trump untuk menghalang pelarian dari beberapa negara Islam dari masuk ke Amerika Syarikat,” Kata Nuccio.

“Ketika saya tiba, tidak lebih dari 50 orang yang tinggal membut bantahan dan tiba-tiba saya nampak seorang budak perempuan menghadiri bantahan ini. Perkara pertama yang saya akan lihat adalah kanak-kanak yang mengikuti perhimpunan sebegini kerana itulah subjek saya. Bapa kepada kanak-kanak perempuan itu mula meletakkan anaknya di bahunya.”

“Tambah menarik apabila seorang lagi lelaki turut meletakkan anak lelakinya di bahu. Ketika itu saya mula menunggu detik mereka berdua berpandangan satu sama lain. Selepas merakam gambar mereka berdua, saya tahu yang saya sudah dapat satu gambar yang cantik,” terang DiNuzzo kepada majalah TIME.

DiNuzzo menghantar gambar berkenaan kepada editor beliau tetapi kerana ianya telah terlewat untuk masuk ke surat khabar, gambar DiNuzzo dimuat naik di laman web dan laman Twitter Chicago Tribune.

Menurut beliau, gambar-gambar yang dirakam beliau sebelum ini mendapat retweet yang biasa-biasa sahaja. Paling banyak adalah gambar Bruce Springsteen; lebih dua ribu retweet yang dikongsi oleh peminatnya.

Tetapi gambar kanak-kanak yang dirakam oleh Dinuzzo ini kini sudah mendapat lebih 12 ribu retweet dan 20 ribu likes. Bagi Nuzzio yang sudah bekerja bersama Chicago Tribune selama lebih 25 tahun, gambar berkenaan mempunyai mesej yang universal.

“Gambar seperti ini buat anda rasa aman dan akan memberi kesan kepada emosi anda. Itulah peranan jurugambar. Kami rakam sesuatu yang terus menyentuh ke hati,” tambah DiNuzzo. Harap-harap gambar ini dapat memberi kesan kepada anda. Rasanya majoriti individu di dunia ini pentingkan keamanan dunia tidak kira agama dan bangsa.

Sumber