Masyarakat Muslim Rohingya telah bertindak menyaman syarikat terbesar media sosial, Facebook di atas tuntutan bahawa platform tersebut telah menyebarkan ucapan kebencian dan gagal untuk membuang mana-mana hantaran yang menghasut sehingga terjadinya episod pembunuhan beramai-ramai. Tindakan undang-undang yang dilancarkan di AS dan UK itu menuntut pampasan sebanyak £150 bilion atau RM845 bilion daripada Facebook, lapor The Guardian.

Aduan yang dikemukan kepada mahkamah daerah di utara San Francisco menyebut bahawa Facebook sengaja memperdagangkan nyawa manusia terutamanya masyarakat Rohingya demi menembus pasaran di beberapa negara Asia Tenggara. Tambahnya lagi, Facebook memiliki kemampuan untuk menghentikan hantaran berbaur kebencian, tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam surat yang dikemukakan kepada Facebook UK pada Isnin, peguam yang mewakili masyarakat Rohingya mengatakan bahawa tindakan Facebook telah menyebabkan mereka mengalami “keganasan, pembunuhan dan/atau pencabulan hak asasi manusia yang serius” sebagai sebahagian daripada kempen pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan oleh rejim pemerintah dan pelampau di Myanmar.

Ia menambah bahawa platform media sosial yang dilancarkan pada 2011 di Myanmar telah membantu ke arah berlakunya proses pembunuhan beramai-ramai. Peguam dijangka akan membuat tuntutan di mahkamah tinggi, mewakili Rohingya di UK dan pelarian di kem di Bangladesh.

Facebook mengakui pada 2018 bahawa ia tidak cukup berusaha untuk menghalang hasutan keganasan dan ucapan kebencian terhadap Rohingya, minoriti Islam di Myanmar. Laporan dari agensi bebas mendapati bahawa “Facebook telah menjadi tempat bagi mereka yang ingin menyebarkan kebencian dan menyebabkan bahaya, dan hantaran telah dikaitkan dengan keganasan luar talian”.

Untuk rekod, masyarakat Rohingya yang terbunuh pada 2017, semasa “operasi pembersihan” oleh tentera Myanmar berkemungkinan melebihi 10,000, menurut badan amal perubatan Médicins sans Frontières. Kira-kira 1 juta Rohingya tinggal di kem pelarian Cox’s Bazar, di tenggara Bangladesh, di mana peguam mengharapkan lebih ramai pelarian Rohingya yang tampil ke hadapan untuk menuntut Facebook lebih bertanggungjawab.

Kenapa masyrakat Muslim Rohingya tidak sepatutnya merayakan rampasan kuasa di Myanmar? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kenapa Masyarakat Muslim Rohingya Tidak Sepatutnya ‘Merayakan’ Rampasan Kuasa Di Myanmar?

Ribuan Pelarian Rohingya Merusuh, Tak Mahu Tinggal Di Kem Yang Sesak Seperti Setinggan

Majoriti Rakyat Malaysia Tidak Setuju Jika Kaum Muslim Rohingya Ditempatkan Di Negara Ini