Sebut mengenai muscle car pastinya Ford Mustang antara yang menjadi sebutan buat peminat automotif. Pada kali ini, model ikonik buat Ford hadir dengan versi terbaru melalui model Mustang Shelby GT500 2020. Model ini bukan sahaja tampil dengan rekaan yang memukau malah diumumkan Ford sebagai model terhebat dan paling berkuasa pernah dihasilkan.

Dari segi enjin, Ford Mustang Shelby GT500 2020 dimuatkan dengan enjin V8 5.2 liter supercharged yang digabungkan bersama klac tujuh kelajuan dari Tremec. Mengulas dari segi kelajuan, model ini mampu memecut 0-98km/h kurang daripada 3.5 saat serta mempunyai 760 kuasa kuda dan 847 Nm tork.

Ford Shelby GT500
Sumber: autotrader
2020-ford-shelby-gt500
Sumber: motor1

Menariknya model ini berpeluang digunakan untuk beberapa keadaan berbeza mengikut tatapan seperti normal, slippery, sport, drag dan track. Dalam usaha memberi cengkaman brek yang kuat ketika memecut, Ford telah menyertakan brek daripada Brembo.

Setakat ini masih belum diketahui berapakah nilai yang bakal diletakkan Ford pada model terhebat mereka ini. Walaubagaimanapun, harga mencecah jutaan Ringgit antara dijangkakan melihat kepada spesifikasi yang ditawarkan.