Nama adik penyanyi, Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat menjadi bualan hangat apabila mengakui sudah berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Bagaimanapun, dipercayai Fyna Jebat masih belum berkongsikan sebarang gambar perkahwinan bersama suami di media sosial. Sementara itu, pelakon veteran terkenal, Datuk Mustapha Kamal memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya dan menjadi perhatian netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@mustaphakamaal

Salam … What a coincidence.. just stumbled across the legend Zainal Abidin Hassan. An old friend. All the best to both of you, congratulations.

♬ We Are The Champions – Remastered 2011 – Queen

Menerusi video TikTok tersebut, Datuk Zainal dan Fyna dilihat keluar makan berdua bersama pasangan, Datuk Mustapha Kamal dan isteri di sebuah restoran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempercayai perkahwinan mereka setelah melihat gambar tersebut serta mengucapkan tahniah kepada pasangan.


Susulan itu, berita perkahwinan penyanyi dan jurulatih bola sepak tersebut menggemparkan netizen, lalu membuat spekulasi dan ternyata adalah benar.