United Kingdom baru-baru ini melaporkan bahawa terdapat varian baharu wabak coronavirus yang difahamkan mampu untuk menyebar COVID-19 dengan pantas.

Pegawai kesihatan UK pertama kali mengenal pasti varian baharu wabak ini pada pertengahan September, kata Maria Van Kerkhove, ketua teknikal COVID-19 untuk Organisasi Kesihatan Dunia, lapor NBC News.

Situasi virus bermutasi ini bagi Simon Clarke, profesor mikrobiologi selular di University of Reading di UK adalah perkara yang biasa terjadi. Namun apa yang dikhuatirkan adalah varian baharu wabak ini difahamkan boleh menyebar dengan lebih cepat.

Menurut beberapa laporan media antarabangsa, Boris Johnson, Perdana Menteri UK telah mengadakan pertemuan tergempar bagi membincangkan pernemuan baharu ini.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock mengatakan bahawa tidak ada tanda yang menunjukkan strain baru ini cenderung untuk menyebabkan penyakit serius.

Manakala Profesor Sir Mark Walport, anggota kumpulan penasihat saintifik UK menambah bahawa ada kemungkinan bahawa strain baru ini memiliki “kelebihan transmisi”, lapor Bournemouth Echo.

Adakah ini sesuatu yang luar biasa?

Terdapat banyak mutasi virus jenis ini sejak ia muncul pada tahun 2019. Situasi ini sebenarnya sudah dijangka oleh para saintis. Di mana Herald Scotland melaporkan bahawa SARS-CoV-2 adalah virus RNA dan virus ini mampu bermutasi dan berubah-ubah.

Public Health England (PHE) mengatakan bahawa, pada 13 Disember, 1,108 kes dengan varian baru ini telah dikenal pasti, terutama di selatan dan timur England. Mutasi ini kemudian telah dinamakan VUI – 202012/01.

Adakah ini sesuatu yang perlu dibimbangkan?

Masih banyak yang perlu dikaji sebenarnya, tetapi ia juga terlalu awal untuk membuat beberapa dakwaan mengenai kesan mutasi virus ini. Tetapi jika benar wabak ini telah mula menyebar lebih cepat, maka ia akan lebih sukar untuk dikawal.

Bagaimanapun, sudah ada pelbagai jenis varian COVID-19 dengan kesan yang belum terbukti.

Difahamkan, mutasi baharu ini mungkin mempunyai kesan serius, tetapi kajian dan penyelidikan mendalam perlu dilakukan bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

Adakah varian baru adalah petanda yang tidak baik?

Tidak semestinya, ia bahkan boleh jadi tidak terlalu bahaya. Namun, jika ia merebak dengan lebih mudah, maka lebih banyak orang akan sakit dalam jangka masa yang lebih pendek.

Apa yang sedang dilakukan oleh negara Eropah?

Beberapa negara Eropah sudah mengeluarkan larangan perjalanan dari UK disebabkan khuatir dengan penemuan baharu ini.

Jerman, Belanda, Belgia, Austria dan Itali sudah mengumumkan sekatan perjalanan dari UK sehingga memaksa berjuta-juta orang di Britain membatalkan rancangan Krismas mereka.

Boris Johnson pula telah mengeluarkan arahan untuk meletakkan London dan bahagian tenggara UK di bawah peraturan penguncian yang paling ketat iaitu Tahap 4.

Selepas hampir setahun COVID-19 melanda dunia, China akhirnya memberi kebenaran kepada WHO untuk menyiasat asal usul wabak COVID-19 di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

China Akhirnya Beri Kebenaran Kepada WHO Untuk Siasat Asal Usul COVID-19 Di Wuhan

Dua Penerima Vaksin Pfizer Alami Kesan Sampingan, Pakar Minta Semua Bertenang

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus