Pakar virus, Datuk Dr. Lam Sai Kit berkata bahawa mutasi D614G lebih mudah merebak, namun tiada bukti menunjukkan ia lebih mudah meragut nyawa, lapor Sinchew Daily.

Ia dibuktikan melalui kajian di dalam makmal yang menunjukkan bahawa D614G lebih mudah merebak, tetapi kajian di beberapa negara seperti England, Amerika Syarikat dan China menunjukkan bahawa G614 bukannya lebih mudah meragut nyawa berbanding D614.

Beliau berkata bahawa Malaysia perlu terus memantau perkembangannya kerana terdapat petanda bahawa mutasi boleh mengambil tempat dalam tempoh beberapa bulan seperti yang berlaku ke atas influenza A.

“Kami tidak akan tahu sama ada perubahan besar akan berlaku sehingga menyebabkan vaksin tidak berkesan selepas ini. Berdasarkan keadaan semasa, ini bukan isu yang perlu dibimbangi pada masa ini,” katanya.

Terdahulu, dalam ujian pengasingan terhadap tiga kes daripada kluster (PUI) Sivagangga dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah dilaporkan mengesan mutasi D614G.

Keadaan ini bermakna virus COVID-19 dengan mutasi D614G mampu merebak 10 kali lebih mudah kepada individu lain dan mudah disebar oleh individu super spreader.

Terdahulu, saintis telah mendapati bahawa wabak COVID-19 telah bermutasi menjadi lebih agresif. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

G4 Dikesan Di China, Wabak Selsema Babi Jenis Baru Yang Berpotensi Jadi Pandemik