Mutha Puaka bakal melancarkan satu koleksi edisi khas bersama jenama milik Noh Saleh, Hikari Rider Jumaat ini.

Koleksi yang memfokuskan gaya permotoran ini hadir dengan 3 pilihan rekaan baju t-shirt, dan satu jaket kalis air dengan dua pilihan warna (hitam dan kuning). Rekaan t-shirt dan jaket pula dibiarkan minimalis; logo Mutha Puaka dan Hikari Rider digabungkan menjadi satu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat yang berminat, koleksi ini akan mula dijual di butik Mutha Puaka, The Gasket Alley jam 4.00 petang (1 Mac) dan secara atas talian di muthapuaka.com pada hari Sabtu.

Buat 50 pelanggan pertama, anda bakal menerima poster edisi khas dan boleh mendapatkan tanda tangan Noh Salleh ketika sesi ‘meet and greet’ bermula jam 4.00 petang. Buat peminat setia Hujan, jangan lepaskan peluang untuk membeli koleksi ini.