KBS, MBC dan SBS merupakan diantara stesen penyiaran gergasi di Korea Selatan. Khabarnya, stesen penyiaran berikut sangat gemar untuk menghalang sesebuah lagu atau muzik video K-Pop daripada disiarkan jika lagu atau muzik video tersebut didapati tidak sesuai untuk ditayangkan.

Hal ini mungkin tampak remeh atau berlebih-lebihan akan tetapi stesen penyiaran di Korea Selatan umumnya memang sangat mengambil berat tentang setiap konten yang disiarkan. Ini adalah kerana stesen televisyen tersebut ditonton oleh lapisan masyarakat dari semua peringkat umur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa sebab yang mungkin dilihat agak tidak munasabah. Hari ini kami akan kongsikan senarai muzik video K-Pop yang telah diharamkan untuk disiarkan di negara berkenaan.

Ingin tahu adakah kumpulan kegemaran anda tergolong dalam senarai ini? teruskan membaca!

1. BlackPink – BOOMBAYAH!

Lagu buat kemunculan pertama kumpulan ini telah dihalang penyiarannya di stesen penyiaran Korea Selatan kerana lirik yang tidak sopan dan juga kerana menyebut jenama arak dalam lagu berkenaan.

Antara perkataan yang difahamkan menyebabkan lagu berkenaan tidak dibenarkan ditayangkan adalah ‘Henny’ yang merujuk kepada jenama arak Hennesy serta frasa penggunaan jari tengah yang berunsur kesat.

2. EXO – LOTTO

Lagu kedua ini pula diharamkan dari disiarkan kerana tajuk lagu tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, Lotto merupakan sebuah agensi perjudian oleh itu pemilihan nama ‘Lotto’ sebagai tajuk lagu dilihat seperti sebuah endorsement.

Selain daripada penggunaan atau endorsement jenama syarikat perjudian itu, adegan berjudi dan aksi ganas juga turut dimuatkan di dalam muzik video ini.

3. Rain – Love Song

Kali ini, lirik atau tajuk lagu bukanlah punca kenapa lagu ini diharamkan di stesen penyiaran Korea Selatan, sebaliknya kerana penyanyi lagu ini dilihat berlari di tengah jalan dan ianya difahamkan melanggar peraturan trafik Korea Selatan.

Tindakan Rain yang melintas jalan itu dianggap tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.

4. Sunmi – Full Moon

Lagu ini pula dihalang dari disiarkan kerana koreografinya dilihat terlalu provokatif dan berbaur lucah oleh itu ia dianggap tidak sesuai untuk disiarkan buat tontonan orang ramai.

Walaupun koreografi lagu tersebut digemari ramai, terdapat berberapa gerak langkah tarian tersebut yang dilihat seperti tidak sesuai untuk ditonton oleh mereka yang bawah umur.

5. PSY – Gentleman

Sama seperti Rain, lagu hit dari PSY ini difahamkan telah dihalang dari tayangan kerana melanggar undang-undang. Dalam muzik video lagu tersebut, PSY dilihat menendang papan tanda ‘no parking’ dan perbuatan itu dilihat seperti merosakan harta benda awam.

Di samping itu, adegan yang berunsur lucah dalam bentuk jenakan turut juga dimuatkan di dalam muzik video ini. Oleh itu ianya dianggap tidak sesuai untuk disiarkan di stesen televisyen.

6. Bobby – HOLUP!

Lagu dari ahli kumpulan Ikon ini dihalang dari siaran bukan disebabkan oleh satu kesalahan sahaja seperti lagu-lagu yang lain tetapi lebih dari itu. Antara sebab lagu ini telah dihalang dari ditayangkan ialah kerana liriknya yang tidak sopan kerana terdapat banyak perkataan kesat di dalamnya.

Selain itu, adegan berparti dan penampakan botol-botol arak yang dimuatkan di dalam klip video tersebut juga merupakan diantara punca kenapa lagu ini tidak dibenarkan untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.

Supaya sesuai untuk semua

Difahamkan, halangan untuk menyiar sesetengah muzik video K-Pop ini adalah salah satu cara stesen televisyen Korea Selatan untuk mengawal konten yang ‘kurang baik’ untuk ditonton.

Seperti yang telah diperkatakan tadi, stesen televisyen ini ditonton oleh mereka dari semua peringkat umur. Oleh itu, jenis konten yang ditayangkan haruslah bersesuaian untuk semua.

Lagu-lagu yang telah dihalang tayanganya bagaimanapun masih lagi boleh ditonton di YouTube tanpa sebarang halangan.

Apa pun, pendapat anda pula macam mana? Adakah tindakan stesen penyiaran Korea Selatan tersebut wajar atau berlebih-lebihan?

Ini pula senarai lagu yang pernah ‘menghantui’ dan didengari rakyat Malaysia. Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

10 Lagu Ikonik K-Pop Yang Pernah ‘Menghantui’ Dan Didengari Rakyat Malaysia

6 Lagu K-pop Yang Menjadi ‘Talian Hayat’ Kumpulan Daripada Dibubarkan