Kota Paris bukan hanya berkisar tentang Eiffel Tower tetapi ia adalah rumah kepada ratusan ribu karya seni. Ia adalah rumah kepada Francisco Goya, Paul Cezanne, Claude Monet dan ramai lagi.

Paris Musées, sebuah institusi awam yang mengendali 14 muzium di kawasan bandar telah membangunkan satu usaha yang lebih mudah bagi orang awam yang mahu melihat karya-karya dari ahli seni zaman dahulu.

Ia bukanlah ‘sedekah’ seperti yang anda sangkakan. Tetapi lebih kepada pemberian percuma kepada orang awam yang mahu mendapatkan karya seni ini dalam bentuk digital.

Soleil couchant à Lavacourt (détail)
Claude Monet (1840-1926). “Soleil couchant à Lavacourt (détail)”. Huile sur toile. 1880. Musée des Beaux-Arts de la Ville de Paris, Petit Palais.

Untuk itu, pihak mereka telah memuat naik 321,178 karya seni – termasuk lukisan, gambar, dan duit syiling – ke laman sesawang di sini.

Lebih daripada 150,000 imej tersedia untuk orang awam dan pengguna boleh memuat turun imej dalam definisi tinggi.

Tetapi ada beberapa karya seni lain hanya dapat dilihat tetapi tidak tersedia dalam definisi tinggi.

COIN DE LA RUE DE SEINE ET DE LA RUE DE L’ECHAUDE SAINT-GERMAIN
Coin de la rue de Seine et de la rue de l’Echaudé Saint-Germain. Paris (VIème arrondissement), 1911. Photographie : Eugène Atget. Paris, musée Carnavalet.

“Data kami boleh diakses secara bebas dan digunakan semula oleh sesiapa atau semua orang, tanpa sebarang masalah teknikal, undang-undang atau kewangan, sama ada untuk kegunaan komersial atau tidak,” kata Paris Musées dalam kenyataan akhbar.

Pengguna boleh melayari katalog muzium atau melihat pameran secara maya.

Tahun lalu, karya JR Di Louvre hancur teruk di kota Paris. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Karya Hebat JR Di Louvre, Paris Hancur Dalam Masa Satu Hari

Paris Saint-Germain Dan Nike Tandatangani Perjanjian Terbesar Dalam Sejarah Kelab

Gereja Ikonik Notre-Dame Di Paris Terbakar