Berita baik buat mereka yang terlepas setiap kali muzium aiskrim datang ke bandar mereka. Hal ini kerana muzium aiskrim ini akan dibuka secara kekal di San Francisco. Sebelum ini,muzium aiskrim sering mengembara ke sekitar bandar yang berbeza dari New York ke San Francisco.

Pastinya buat anda yang gemar bergambar akan gembira dengan berita ini. Muzium tersebut menarik ramai pengunjung kerana tempatnya yang unik dan menarik yang pastinya akan memberi satu pengalaman yang manis kepada pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam muzium itu, terdapat kolam berwarna-warni daripada sprinkles, bilik yang berwarna pelangi dan banyak lagi. Jika anda ingin pergi merasai sendiri pengalaman bergambar di sini, anda boleh ke laman web Muzium Ice Cream untuk membeli tiket.

Harga tiket hanyalah $38 (~RM158). Jadi, adakah anda sanggup ke San Francisco demi gambar yang menarik?

of-ice-cream-san-fransisco-permanent-location-8

museum-of-ice-cream-san-fransisco-permanent-location-1

museum-of-ice-cream-san-fransisco-permanent-location-6

museum-of-ice-cream-san-fransisco-permanent-location-2

museum-of-ice-cream-san-fransisco-permanent-location-10