Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.

tunku-jalil-07
Berita Harian

Abdul Rahim berkata, jenazah Allahyarham akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.

"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya.

Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA, di sini.

Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.

Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.

Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China.

Ahli keluarga berkongsi berita

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dalam laman sosial Instagram miliknya menyuarakan kesedihan beliau atas kemangkatan anak saudaranya itu. "Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..al-Fatihah," katanya.

tunku-jalil-01

Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman pula memuat naik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil dengan menulis "Al-Fatihah".

tunku-jalil-02

Tunku Idris Sultan Ibrahim pula berkongsi sekeping gambar ketika mereka kecil dengan tulisan "My Brother, My Hero" bersama kapsyen "Love and miss you…always and forever."

tunku-jalil-03

Anak muda yang disayangi ramai ini pasti akan dirindui terutamanya oleh Keluarga Diraja dan rakyat Johor.

tunku-jalil-04

Semoga Allah sentiasa merahmati Tunku Laksamana Johor yang sentiasa merendah diri, kuat, dan memberi inspirasi.

tunku-jalil-05

Al-fatihah.

Dalam Kenangan – Tunku Abdul Jalil

Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.Baca berita selanjutnya: https://www.malaysiakini.com/news/322299

Posted by Malaysiakini (BM Version) on Saturday, December 5, 2015

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram