Ini pastinya berita baik untuk peminat My Chemical Romance di luar sana yang merindui karya kumpulan tersebut setelah kumpulan tersebut ‘berpecah’ pada tahun 2013.

Meskipun ahli-ahli kumpulan MCR telah membawa haluan masing-masing, terdapat khabar angin mengatakan bahawa kumpulan MCR akan bergabung kembali untuk menghiburkan para peminatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini diberitahu oleh Joe Jonas apabila beliau seperti terlepas cakap dalam satu temubual di KISS FM Breakfast Show. Malah, sebelum ini penganjur The Warped Tour, Kevin Lyman berhasrat untuk membawa MCR membuat persembahan untuk ulang tahun ke-25 The Warped Tour.

Walaubagaimanapun, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh MCR. Khabar angin yang muncul ini pastinya memberi sedikit harapan kepada peminat MCR yang teringin menyaksikan mereka beraksi di pentas nyanyian semula.

Sumber