Setelah lama membuat peminat ternanti-nanti, akhirnya My Chemical Romance (MCR) secara rasmi mengumumkan mereka akan kembali bersama menerusi satu pengumuman konsert yang akan berlangsung di Shrine Expo Hall, Los Angeles pada 20 Disember depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Konsert ‘My Chemical Romance: Return’ ini membuatkan ramai peminat setia kumpulan itu teruja dan tanda pagar #MyChemicalRomance trending di seluruh dunia di laman Twitter. Tiket untuk ke konsert ini dijual pada harga USD149.50 (~RM622) yang akan mula dijual malam ini di sini.

Sebelum ini, MCR mengumumkan ‘berpecah’ dan membawa haluan masing-masing pada tahun 2013. MCR dianggotai oleh vokalis utama Gerard Way, Mikey Way (bass), Ray Toro (gitar) dan Frank Lero (gitar). Teaser bahawa mereka akan bersama sudah pun dibuat apabila Gerard Way dan Ray Toro merakam lagu ‘Hazy Shade Of Winter’ untuk karya komik Gerard yang dijadikan siri di laman Netflix, Umbrella Academy.

Album terakhir mereka adalah ‘Danger Days: The True Lives Of The Fabulous Killjoys’ yang dikeluarkan pada tahun 2010. Mungkinkah ada lagu atau album baharu yang akan menyusul di konsert ini nanti? Masih terlalu awal untuk menjangkakan perkara tersebut. Mendapat perkhabaran kumpulan ini bersatu pun sudah cukup setakat ini.

Umbrella Academy kemungkinan besar menjadi sebab utama mengapa My Chemical Romance boleh kembali bergabung. Buat yang tidak tahu tentang siri ini, ia merupakan siri paling popular di Netflix ketika ianya dilancarkan di Netflix tahun ini.

‘Umbrella Academy’ Kini Siri Paling Popular Di Netflix

Selepas 6 Tahun, Ini Penampilan Terkini Vokalis My Chemical Romance

Ini Sebab Mengapa ‘My Chemical Romance’ Tidak Lagi Akan Kembali Bersama