Ini merupakan berita baik buat anda yang ingin menikmati penjimatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana MyCar kini menawarkan harga termurah untuk anda. Harga tambang kadar rata adalah dari RM59 untuk perjalanan pergi atau balik dari KLIA.

Menurut Pengarah Platforms Apps Sdn Bhd, Mohd Noah Maideen, mengatakan bahawa harga kadar rata ini ditetapkan untuk menyediakan harga termurah di samping memudahkan dan memendekkan masa perjalanan orang ramai yang ingin ke KLIA. Ini adalah selari dengan visi MyCar untuk meyediakan perkhidmatan e-hailing terbaik untuk pengguna di rantau ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini anda memiliki lebih banyak pilihan untuk ke KLIA selain menggunakan bas, tren atau perkhidmatan e-hailing sedia ada. Malah, anda juga boleh membuat tempahan awal jika tidak mahu terlewat ke KLIA.

Sumber