Sejak kebelakangan ini, platform Shopee paling banyak menerima aduan ekoran perkhidmatan yang tidak memberangsangkan termasuklah platform dan juga logisitik. Salah satu aduan yang sering menjadi bualan hangat adalah kelewatan penghantaran barangan pelanggan pada saban hari.

Dengan angka aduan yang semakin meningkat, kini pihak MyCC menyatakan telah berhubung dengan Shopee Malaysia dan menbincangkan dalam untuk lebih memahami platform Shopee serta industri logistik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Wargabiz

MyCC menekankan mereka sangat mengalu-alukan pelbagai inovasi tetapi dalam masa yang sama menekankan para pemain industri perlu memastikan ia tidak membawa kesan negatif kepada pengguna mahu pun penjual. Disebabkan itu, kini pihak Shopee diminta memberikan sebab dan cara mengatasinya kepada MyCC.

MyCC telah menetapkan tarikh respon kembali perlu dibuat sebelum akhir Oktober 2022. Selain Shopee, MyCC menyatakan mereka turut akan meneruskan usaha dalam terus memantau pelbagai pemain industri dalam pasaran sama. Malah, setiap pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan pengguna sesebuah platform terjaga.

Sumber