Minggu ini bermulanya jualan online paling awesome dan unggul untuk tahun ini, #MYCYBERSALE 2016! Ini adalah #MYCYBERSALE yang ketiga anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). #MYCYBERSALE tahun ini mensasarkan jualan RM200 juta dalam masa 5 hari sepanjang minggu hadapan.

#MYCYBERSALE tahun ini lebih meriah kerana lebih 600 merchants mengambil bahagian. Jenama-jenama besar seperti UNIQLO, Giordano, Kinokuniya, Levi’s, Dell dan banyak lagi akan turut serta. Berbanding tahun-tahun yang lalu anda mempunyai lebih banyak option untuk membeli belah di #MYCYBERSALE tahun ini. YES!

#MYCYBERSALE adalah inisiatif MDEC untuk mencapai peningkatan yang lebih tinggi dalam bidang eCommerce tempatan dan luar negara. #MYCYBERSALE tahun 2015 mencatatkan jualan RM117.7 juta, peningkatan sebanyak 75% berbanding tahun 2014. Ini menunjukkan trend pengguna membeli secara atas talian telah meningkat dan kian ramai yang berbelanja secara atas talian.

Sebelum anda berbelanja, jom kita berkenalan dahulu dengan 4 ikon #MYCYBERSALE yang awesome dan trendy ini.

1. Mister Jojari

mdec2010146cv-mycybersale-2016-profile-outlined-01

2. Mister Nailson

mdec2010146cv-mycybersale-2016-profile-outlined-02

3. Miss Pinky

mdec2010146cv-mycybersale-2016-profile-outlined-03

4. Bro Jarimiah

mdec2010146cv-mycybersale-2016-profile-outlined-04

Jadi apa persamaan Jarimiah, Pinky, Nailson dan Jojari ini? Mereka semuanya kaki shopping secara online dan akan pukul habis shopping di #MYCYBERSALE minggu hadapan! Sebabnya? Produk dan servis yang merangkumi fesyen, travel dan tech akan mengalami diskaun hebat sehingga 90%!

Dan untuk kaki travel, anda perlu teruja sebab 4 syarikat penerbangan negara (Malaysia Airlines, FireFly, AirAsia, Malindo) akan membuat sale untuk tiket mereka. Nak tahu tawaran hebat tiket penerbangan kenalah selalu buka laman #MYCYBERSALE. Manalah tahu dapat beli tiket return ke Korea dengan harga RM500 kan?

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk berbelanja di #MYCYBERSALE sepanjang minggu ini. Kami di Vocket akan update deal hebat yang akan berlangsung sepanjang #MYCYBERSALE ini. Jadi kena save dan buat favourite laman mycybersale.my . Kalau terlepas jualan hebat 5 hari ini, menangis tak berlagu anda nanti.