#MYCYBERSALE2016 kembali untuk tahun 2016 dan edisi kali ini paling hebat dengan penyertaan lebih 600 eTailers dan 100 jenama tempatan! Tahun ini pastinya meriah kerana 600 eTailers ini akan berlumba-lumba membuat sale yang kaw kaw punya untuk anda!

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

banner-biggest-deals

#MYCYBERSALE2016 ini adalah anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan disokong penuh oleh Kementrian Perdagangan Dalam Negeri. Bagi yang baru dengar atau tahu tentang #MYCYBERSALE2016, #MYCYBERSALE2016 adalah acara atas talian di mana eTailers terkemuka tanah air bersama-sama mengadakan jualan hebat dalam tempoh yang sama. Antara yang mengambil bahagian adalah Lazada, 11Street, Shopback dan banyak lagi.

Buat julung kalinya 4 syarikat penerbangan; AirAsia, MAS, Malindo dan Firefly menyertai #MYCYBERSALE2016 yang semestinya akan mengadakan diskaun hebat untuk tiket penerbangan mereka. Dengar cerita tiket yang akan dijual bersempena #MYCYBERSALE2016 ini sangat awesome.

Jadi bagi pengguna, apa yang anda boleh harapkan dari #MYCYBERSALE2016 ini? Semestinya potongan harga yang menarik dan kemungkinan besar free shipping untuk produk yang anda beli dalam minggu hadapan. Jangan terkejut sebab ada produk yang memberi anda sehingga 90% diskaun!

mdec2010146cv-mycybersale-2016-printok-outlined-02

Jadi teruskan bersama kami dan kami akan sentiasa update tawaran terbaik yang anda boleh dapat sepanjang minggu hadapan. Buat masa ini, anda hanya perlu keep calm, kumpul duit dan nantikan tawaran terbaik di MYCYBERSALE2016!

banner-sale_0

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group