Menu Rahmah yang dilancarkan oleh kerajaan telah mendapat sambutan yang baik daripada rakyat ketika ini. Inisiatif itu bertujuan memastikan golongang B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Rata-rata ramai yang menyerbu kedai-kedai makan yang menawarkan set makanan yang berharga RM5 untuk waktu tengah hari dan malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu klip rakaman temu bual Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin, beliau ada berkongsi bagaimana mereka melaksanakan inisiatif tersebut.

@pokcikku

ini baru jujur… terus ke point… tak perlu guna sangat perkataan rakyat Tu🤣🤣.. #mydin #makananpercuma #salahudinayub #kpdnhep #menurahmah #hargabarangnaik #kerajaanperpaduan #perutrakyat #kempen #kpdn #menterikossarahidup

♬ original sound – Pok Cik – Pok Cik

Menurut beliau, penyediaan setiap menu itu telah dibuat ‘kira-kira’ terlebih dahulu untuk memastikan syarikatnya mendapat ‘keuntungan’ daripada insiatif tersebut.

“Saya kira balik juga. Ayam harga berapa, potong 8 jadi kos berapa, sambal berapa, packing lagi berapa. Ye lah, tak adalah untung banyak sangat. Tapi kita tak rugi.

“Maknanya the plan can go on for longer period. Untuk MYDIN kita janjikan kurang-kurangnya 3 bulan. Kita tak tahu ekonomi global macam mana, tapi at least untuk MYDIN kita janjikan sekurang-kurangnya 3 bulan. Harap-harap kita boleh panjangkan (inisiatif ini),” kata beliau.

Tambahnya lagi, inisiatif ini juga merupakan salah satu marketing untuk rangkaian pemborong dan peruncit tempatan halal terbesar di Malaysia itu.

Jika ramai orang datang makan di mana-mana cawangan MYDIN, mereka juga pasti tidak akan lepaskan peluang untuk membeli barangan di dalam pasaraya tersebut.

At the end of the day, it’s also marketing for us. Kalau orang lain tak buat, kita buat, orang akan datang. Datang MYDIN makan RM5, kemudian dia pergi beli barang untuk anak nak sekolah, dia boleh pergi atas. Nak puasa, nak raya nanti, dia beli barang raya,” terang Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, inisiatif baik yang dilaksanakan itu seharusnya berterusan agar rakyat dapat menikmati impak dan faedah dalam usaha mengurangkan kos sara hidup, lapor Sinar Harian.

Beliau berharap kerajaan tidak melaksanakan Menu Rahmah hanya dalam tempoh tertentu atau bersifat sementara kerana ia membantu mengurangkan beban rakyat yang berdepan dengan kenaikan harga makanan serta barangan mentah.