Sekiranya anda menetap di kawasan bandar, kami yakin anda cukup kenal dengan kedai runcit premium Sam’s Groceria bukanlah perkara asing bagi anda. Penawaran barangan yang berkualiti tinggi yang diimport dari negara luar antara yang menjadi keistimewaan Sam’s Groceria.

Terbaru, Mydin Mohamed Holdings Bhd yang memiliki pegangan francais Sam’s Groceria telah mengumumkan mereka bersedia untuk menjual francais ini kepada mana-mana syarikat yang berminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
kr1m-1
Penutupan Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) antara keputusan yang dilakukan Mydin pada tahun lalu

Keputusan ini dibuat selepas Mydin Mohamed Holdings Bhd telah mencatat kerugian tahunan pertama mereka sebanyak RM156 juta sepanjang 6 dekad beroperasi. Kerjasama membangunkan Kedai Rakyat 1 Malaysia dikatakan antara punca yang membuatkan Mydin Mohamed Holdings Bhd rugi.

Pemilihan untuk menawarkan francais Sam’s Groceria dibuat selepas syarikat ini gagal menarik para pelanggan yang majoritinya terdiri daripada golongan expatriot. Kegagalan untuk memenuhi permintaan seperti penjualan arak antara yang membuatkan Sam’s Groceria mengutip penjualan yang sedikit rendah.

photo

Berdasarkan analisa, francais Sams’s Groceria dianggarkan berjumlah sekitar RM50 juta. Penjualan francais ini kepada syarikat lain membolehkan Mydin Mohamed Holdings Bhd menstruktur semula model bisnes mereka bagi mencapai keuntungan yang positif pada tahun-tahun akan datang.

Diharap keputusan yang dibuat ini bukanlah petanda ekonomi negara sedang tenat dan sekadar stategi bagi memantapkan bisnes syarikat yang berpengaruh dalam industri peruncitan ini.