Rakyat Malaysia sudah pasti menyambut baik dengan pengumuman penambahan cuti raya yang diumumkan baru-baru ini. Ramai yang merancang mahu meluangkan lebih masa dengan keluarga tersayang dengan pelepasan yang diberikan.

Namun berbeza pandangan pula buat pemilik rangkaian peruncitan terbesar negara, Datuk Ameer Ali Mydin yang mengkritik pengumuman mengenai cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau mendedahkan syarikatnya mengalami kerugian sekurang-kurangnya setengah juta akibat pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Tambah Ameer lagi, jumlah kerugian perniagaan akibat pengumuman cuti tambahan boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih baik, seperti menurunkan harga Menu Rahmah dan barangan lain.

Sumber Gambar: Berita Harian

Tegasnya, ini lebih menguntungkan rakyat dan bakal memberikan manfaat kepada 500,000 orang. Beliau juga berpendapat bahawa kerajaan tidak patut mengambil keputusan yang bersifat populis semata-mata.

Sebaiknya kerajaan menfokuskan kepada subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan, berbanding mengumumkan pengecualian tol kepada semua pengguna tanpa mengira kelas pendapatan.