Bulan lalu MySejahtera telah membuka peluang untuk seluruh rakyat Malaysia mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Fasa pertama Program Imunisasi Nasional ini melibatkan kumpulan barisan hadapan, manakala fasa kedua yang akan berlangsung tidak lama lagi akan melibatkan warga emas, OKU dan komorbiditi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, bagi mereka yang tidak mempunyai telefon atau akses kepada aplikasi MySejahtera boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin dengan fungsi ‘Family Registration’ di aplikasi yang sama bermula 12 Mac nanti.

Berita ini diumumkan sendiri oleh Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang media semalam.

Beliau yakin bahawa pelancaran kemas kini terbaharu ini dapat membantu ibu bapa atau sesiapa sahaja yang berada di bawah jagaan mereka untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Tambah beliau, dengan cara ini, 80 peratus rakyat Malaysia yang belum mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19 mampu dilaksanakan.

Untuk rekod, Malaysia telah memutuskan untuk menerima sejumlah 32 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, tambahan tujuh juta dos untuk Program Imunisasi Covid-19 Nasional.

Lima daerah dengan pendaftaran vaksinasi tertinggi adalah Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuching, Kuantan, dan Kota Kinabalu sementara lima negeri tertinggi yang menerima vaksin adalah Sarawak, Pahang, Selangor, Kelantan, dan Sabah.

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar vaksin COVID-19 dengan kemas kini terkini MySejahtera. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Berikut Adalah Cara-Cara Untuk Mendaftar Vaksin COVID-19 Dengan Kemas Kini Terkini MySejahtera

Sumber