Sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada tahun awal tahun ini, pengesanan kontak atau contact tracing telah menjadi antara keperluan yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak membunuh itu.

Untuk memudahkan pengesanan kontak juga, pelbagai aplikasi atau kemudahan telah dibangunkan bagi membantu pihak berkuasa terutama berkait kesihatan untuk memperkenalkan sistem dan aplikasi seperti MySejahtera yang digunakan di seluruh negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aplikasi ini bukan sahaja membantu dalam pengawasan penularan wabak dalam negara dan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri namun turut membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Bagaimanapun, sejak berlakunya peningkatan kembali kes COVID-19 dalam negara sejak kebelakangan ini, aplikasi MySejahtera dilihat mula menerima tempias dalam kalangan pengguna media sosial apabila keberkesanannya mula dipertikaikan netizen.

Antara rungutan yang dapat dilihat di media sosial sejak beberapa hari ini adalah bahawa dakwaan aplikasi terbabit tidak memaparkan keadaan semasa berkait penularan wabak itu di premis yang dimasukkan mereka ke dalam aplikasi pengesanan kontak itu.

https://twitter.com/FujiyamaOden/status/1310357640447275008?s=20

Maklumkan kepada pengguna

Bukan sahaja didakwa tidak memaklumkan dengan tepat sesuatu premis mempunyai kes berkait COVID-19, malah netizen juga turut menyatakan kegusaran mereka berhubung pemberitahuan jika mereka disyaki sebagai kontak rapat kepada sesuatu kes.

Pemberitahuan untuk menjalankan saringan dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya disyaki berhubung dengan individu atau premis yang mempunyai kes hanya boleh diketahui melalui berita dan juga media sosial.

Aplikasi tersebut menurut mereka sepatutnya memaklumkan jika tempat-tempat yang dilawati pengguna sebelum ini disyaki mempunyai kaitan dengan penularan wabak COVID-19 dan bukannya mereka perlu mengetahui perkara tersebut melalui sumber lain.

https://twitter.com/izzahnabila____/status/1310141533375459330?s=20

Justeru itu, untuk menyelesaikan segala kekeliruan dan persoalan, netizen juga mula menyarankan agar aplikasi tersebut ditambah baik dan memaklumkan kepada pengguna jika premis atau kawasan yang pernah dan akan dilawati mereka mempunyai risiko penularan COVID-19.

Walaupun pengesanan kontak oleh pihak berkuasa tidak dinafikan dijalankan dengan baik sepanjang berlakunya penularan wabak itu di negara kita namun ianya adalah lebih baik jika aplikasi tersebut turut berfungsi sebagai sistem pemberitahuan kepada orang ramai tentang perkembangan semasa berhubung kes COVID-19 di sesuatu kawasan.

Kenyataan daripada KKM

Tidak mahu kerisauan masyarakat terus bertambah disaat kes COVID-19 sedang meningkat naik terutama di kawasan sekitar Lembah Klang, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada pagi ini akhirnya mengeluarkan satu kenyataan di akaun media sosial mereka.

Menyedari terdapat persoalan mengenai kenapa sesetengah kawasan yang dilaporkan berkemungkinan mempunyai kes positif COVID-19 disenaraikan dalam aplikasi mereka, KKM menjelaskan ianya kerana sesuatu kawasan hanya diisytiharkan  ada kes selepas siasatan terperinci dijalankan pihak mereka.

“Untuk makluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM.

“Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

“Oleh itu kesemua pusat membeli-belah bukan merupakan punca jangkitan mahupun ada potensi penyebaran virus COVID-19,” jelas mereka.

Baca juga perkembangan semasa berkait COVID-19 dalam negara di pautan di bawah.

Mahu Elakkan Penularan COVID-19, Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu Ditutup Sementara Waktu

Anak Malaysia Juga Hebat, Saintis Kita Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19 Pertama Di Dunia

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19

Sumber