Tahun 2011, Myspace dibeli oleh Viant pada harga hanya USD35 juta di mana penyanyi Justin Timberlake turut menjadi salah seorang orang penting dalam pembelian itu. Myspace yang diberi nafas baru oleh Viant Group sudah berpindah milik kepada Time Inc. Viant dibeli oleh Time Inc dan secara tidak langsung, Myspace kini di bawah seliaan Time Inc.

Sejak kembali beroperasi dengan layout dan interface yang baru pada tahun 2013, Myspace berjaya meningkatkan traffic sehingga 575% dengan segmen ‘Throwback Thursday’ mereka. Rasanya pengguna lama Myspace kembali untuk melihat profil dan gambar- gambar yang mereka upload di Myspace dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Page Justin TImberlake di Myspace
Page Justin TImberlake di Myspace

Time Inc, yang juga pemilik kepada majalah People, Sports Illustrated, TIME, Entertainment Weekly dan banyak lagi, berpendapat rancangan untuk pembelian Viant ini adalah untuk mencipta satu rangkaian yang besar untuk tujuan menarik pelaburan.

Motif lain pembelian Viant? Time mahukan entiti online yang besar dan mempunyai nama untuk menampung kerugian business traditional mereka; merujuk kepada industri majalah keluaran mereka.

Syarikat Time Inc merekod kerugian sebanyak USD881 juta tahun lepas dan mereka berharap pembelian Viant ini dapat membantu mereka mendapat pelanggan dan client yang baru.

Tiada cerita bagaimana Time akan menggunakan medium Myspace ini buat masa ini. Jadi kita tunggu perkembangan terbaru Myspace kelak.