Setiap kali pengguna jalan raya tersalah laluan semasa menuju ke sesuatu destinasi, pasti ada yang cuba mengambil ‘jalan mudah’ dengan membuat belokan tajam untuk keluar simpang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini tular satu hantaran Facebook mengenai seorang penunggang motosikal nyaris berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang secara tiba-tiba mahu keluar dari lebuhraya dengan memotong dari lorong paling kanan ke lorong paling kiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video yang berdurasi sekitar dua minit itu diambil daripada dashcam yang dipasang pada pemilik motosikal tersebut. Jelas kelihatan pemandu Myvi itu secara tiba-tiba membuat ‘belokan tajam’ tanpa memperlahankan kenderaan sehingga hampir melanggar penunggang motosikal terbabit.

Setelah berjaya mengelak kereta Myvi itu, penunggang motosikal memberhentikan motosikalnya di persimpangan lebuhraya dan cuba menahan kereta tersebut. Namun, pemandu Myvi bertindak melarikan diri setelah salah seorang petugas di sekatan jalan raya berhampiran menuju ke arah mereka berdua.

Rakaman dashcam yang serba terang dan jelas itu telah mendapat perhatian netizen sehingga mencetus pertikaian di antara orang ramai siapakah yang bersalah dalam perkara ini. Ada yang menyalahkan Myvi kerana tindakannya yang melulu, dan ada juga yang menyalahkan pemilik dashcam kerana menunggang motosikal dengan laju.

vocket-myvi-masuk-simpang-tajam-6
Sumber Gambar: Facebook Penang Idiot Parking & Reckless Driver
vocket-myvi-masuk-simpang-tajam-7
Sumber Gambar: Facebook Penang Idiot Parking & Reckless Driver
vocket-myvi-masuk-simpang-tajam-5
Sumber Gambar: Facebook Penang Idiot Parking & Reckless Driver

vocket-myvi-masuk-simpang-tajam-8

Pada rakaman akhir video dashcam ini, polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran menyatakan beliau turut nampak insiden yang hampir melibatkan pelanggaran antara kereta Myvi dengan penunggang motosikal terbabit.

Tambah polis itu lagi, sekiranya pemandu Myvi tidak melarikan diri, dia sendiri akan memberi ‘amaran’ kepada pemandu tersebut.

Sementara itu, satu keluarga ini dikecam orang ramai selepas tindakan mereka mengambil hampir kesemua makanan yang ada di food bank dirakam CCTV.

Pentingkan Diri, Warganet Kecam Sikap Tamak Keluarga Ini Ambil Semua Barang Di Food Bank

Ambil Lajak Macam Bawa Lori, Netizen Simpati ‘Rider’ Nyaris Berlanggar Dengan Myvi