Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kereta keluaran tempatan, Perodua Myvi sering kali menjadi bualan orang ramai kerana kemampuannya ‘beraksi’ di atas jalan raya yang tidak boleh difikirkan dengan akal minda manusia biasa.

Terbaru, sebuah kereta Myvi berwarna putih ditemui ditemui ‘terbang’ melepasi longkang besar di Jalan Indah Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri Johor Bahru pada tengah hari tadi.

Netizen turut memberi pandangan pemandu Myvi berkenaan bernasib baik kereta tersebut tidak jatuh ke dalam longkang kerana jika ia berlaku, pasti impaknya lebih teruk. Kereta berkenaan juga pastinya dipandu laju kerana dapat melepasi longkang tersebut.

Difahamkan pemandu yang tersepit di dalam kereta telah berjaya diselamatkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Oleh kerana kereta Myvi sering kali membuat ‘onar’, netizen telah membuat satu Facebook Group khas untuk berkongsi ‘masalah’ yang dibuat oleh pemilik kereta Myvi.

Laman ‘Myvi Buat Hal Apa Hari Ini?’ Jadi Medan Kongsi Gelagat Myvi Di Jalanan

Kerap ‘Test Power’ Ekzos, Jiran Tembak Myvi Guna Pistol Angin Buatan Sendiri

Anda Mungkin Suka