Salah satu restoran burger terbaik dari Amerika Syarikat, In-N-Out Burger membuka satu pop up store di kafe Strangers at 47. Ianya hanya akan dibuka untuk satu hari sahaja iaitu hari ini dan dibuka dari jam 11 pagi hingga 3 petang sahaja.

Burger fans rejoice! 🎉🎉✨ We are thrilled to be hosting popular American burger chain In-N-Out Burger's one day pop up…

Posted by Strangers at 47 on Sunday, 21 January 2018

Khabarnya, pop up store ini adalah cara pihak In-N-Out untuk mencuba dan melihat market jenama burger ini di Malaysia. Beberapa tahun lepas, In-N-Out ada juga membuat pop up store di Jalan Changkat, Bukit Bintang dan ianya habis dijual dalam masa 30 minit sahaja.

Buat peminat burger, burger akan mula dijual jam 11 pagi dan kuantiti untuk burger ini katanya sangat limited. Khabarnya ada yang sudah beratur dari malam semalam supaya tidak terlepas peluang untuk menikmati burger yang jarang-jarang muncul di Malaysia ini

Kalau anda mahu cuba nasib untuk mencuba burger ini, anda boleh Waze terus kafe ini. Anda yang sudah cuba, nanti kongsikan rasa burger ini dengan kami.

Strangers at 47
47 Jalan 17/45
Petaling Jaya
46400

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤