Kecoh di media sosial sejak akhir-akhir ini apabila Malaysia digemparkan dengan tahanan saspek yang disyaki terlibat dengan kes pengubahan wang haram atau Macau Scam melibatkan dua individu. Kes ini menjadi lebih panas apabila dilaporkan terdapat artis tempatan yang didakwa terlibat dengan kes ini.

Bermula dengan Shuib Sepahtu, nampaknya beberapa rakan artis lain turut dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membantu kes siasatan aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjudian dalam talian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nabil-2
Sumber: Media Hiburan

Antara nama yang dipanggil serta mengejutkan ramai adalah Ahmad Nabil Ahmad. Menurut Harian Metro, beliau hanyalah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan. Nabil Ahmad juga memaklumkan beliau tidak terbabit dengan sindiket ini.

“Kes ini sudah selesai. Mereka tanya berkenaan pembukaan kedai minuman Bubble Bee di Seremban dan saya maklumkan ia belum beroperasi lagi. “Selepas itu mereka terus tak tanya apa-apa lagi dan itu sahaja soalannya. Ini kerana kalau tiada kedai buat apa nak siasat,” katanya kepada Harian Metro.

Selain Nabil Ahmad, dilaporkan terdapat lima selebriti termasuk seorang wanita terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

01194DC3-05FD-4127-9115-57C152F10FF6
Sumber: Media Hiburan

Mengulas mengenai tarikh sebenar kedai minuman kendaliannya itu akan beroperasi, Nabil memaklukan beliau menyerahkan segala-galanya kepada Shuib Sepahtu.

Nabil Ahmad memaklumkan beliau sememangnya berminat untuk membuka kedai tersebut namun tetap menunggu sehingga kes Shuib selesai serta turut meluahkan rasa simpati terhadap rakannya.

Sebelum ini PDRM memaklumkan Addy Kanna dan Leong Yeong tidak terlibat dengan Macau Scam sebelum menafikannya menerusi laporan terbaharu.

PDRM Sahkan Addy Kanna dan Leong Yeong Tidak Terlibat Dengan Macau Scam

Tidak Tampil Bantu Siasatan Kes ‘Macau Scam’, Pelakon Lelaki Dan Pengacara Wanita Akan Dipanggil SPRM

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab

Sumber