Jika anda bertanya pada collector G-Shock, semua sangat mengenali model kolaborasi yang tersangat rare antara G-Shock dan artis kontemporari dari Jepun, Takashi Murakami.

Model Takashi Murakami x Casio G-Shock GWF1000TM ini sangat terhad kerana hanya 300 unit dihasilkan pada tahun 2010. Pada hari pelancarannya, jam tangan ini dijual pada harga USD4,000 (~RM16,000) tetapi ketika ini, harga pasaran untuk model ini boleh mencecah harga RM100,000.

Menerusi akaun Instagram Nabil Ahmad semalam, beliau dilihat sedang menyarung jam tangan G-Shock persis model G-Shock x Murakami sambil memegang kotak jam tangan tersebut. Nabil Ahmad merupakan salah seorang peminat G-Shock di Malaysia dan tidak mustahil jika beliau membeli jam tangan ini.

Menerusi komen-komen yang ditulis pada gambar ini, Nabil dikatakan membeli jam tangan ini daripada seorang penjual jam tangan G-Shock di Malaysia dengan harga sekitar RM60,000.

Anda rasa ianya mahal? Sebagai perbandingan, di laman jualan jam tangan Chrono24.my model ini dijual pada harga RM106,349!

G-Shock Murakami 2
Harga model ini di laman chrono24.my

Jika benar Nabil membeli jam tangan ini, ianya bukan satu pembaziran tetapi dilihat sebagai satu pelaburan. Jika ketika ini harganya sudah mencecah ratusan ribu ringgit, berapa pula harganya beberapa tahun lagi.