Bosan dengan rotasi lokasi lepak yang sama setiap minggu? Apa kata anda ke Nachoslah di The Port Damansara untuk cuba makan nachos di sana. Kalau anda biasa ke event sekitar KL, pasti tahu tentang Nachoslah ini.

Nachoslah mempunyai pelbagai variasi nachos yang anda boleh pilih. Pertama anda pesan saiz nachos yang and mahu, kemudiannya jenis ‘kuah’ yang anda suka dan kemudiannya pilih topping yang untuk menyedapkan lagi nachos anda. Rendang daging atau ayam adalah pilihan favourite di Nachoslah yang anda perlu cuba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

nachos

Apa yang membezakan Nachoslah dengan kedai konsep Mexican yang lain? Semestinya kerana hidangan nachos di sini yang diberi sentuhan tempatan. Jadi bila makan nachos dengan topping perisa rendang, mestilah rare dan orang Mexico sendiri tidak reti untuk buat nachos perisa rendang ini.

Hidangan Mexico lain seperti tortilla juga ada di sini dengan pilihan daging dan ayam. Kalau anda peminat setia nachos dan malas untuk ke shopping mall untuk ke restoran konsep Mexico, anda kena cuba Nachoslah. Biar gambar-gambar ini berbicara tentang kesedapan nachos di Nachoslah.

Nachoslah
Masa Operasi: Isnin-Jumaat: 5.00pm-1.00am, Sabtu-Ahad: 5.00pm- 2.00am
Alamat: The Port Damansara, Jalan Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

https://www.instagram.com/p/BcZ1dMmjl5-/?taken-by=nachoslah

https://www.instagram.com/p/BcHR64pj_kW/?taken-by=nachoslah

https://www.instagram.com/p/BcEezjlDfBJ/?taken-by=nachoslah

https://www.instagram.com/p/Bb6WD04DL1O/?taken-by=nachoslah

https://www.instagram.com/p/BbwZPKKj0ws/?taken-by=nachoslah