Jangkitan kuman pada paru-paru disangka menjadi punca penyakit pelakon Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri.

Dalam pada itu, sebentar tadi pelakon Ungku Ismail memuat naik story Instagram beliau untuk memaklumkan keadaan Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU.

Menurut laporan, Ungku turut menyatakan keadaan Nad agak lemah berikutan kekurangan oksigen dalam darahnya dan doktor perlu merehatkannya bagi menstabilkan keadaan.

Selain itu, Ungku memaklumkan doktor sudah memberikan antibiotik namun masih terdapat pendarahan di bahagian paru-paru dan beliau perlu menjalani rawatan lanjut.

Bukan itu sahaja, Ungku Ismail atau nama sebenarnya Ungku Ismail Aziz turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad cepat sembuh seperti sedia kala.

Bahkan, Ungku Ismail juga berharap spekulasi negatif mengenai penyakit Nad dapat dielakkan demi menjaga hati keluarga.