Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi muda Indonesia, Nadin Amizah tampil menghiburkan hampir 3,000 peminat Malaysia dengan persembahan Selamat Ulang Tahun yang memukau atau bagi sesetengah peminat, persembahan yang memukau jiwa.

Konsert yang berkonsepkan persembahan muzikal ini menampilkan 18 lagu dengan hampir kesemuanya berlatarkan cerita hidup Nadin yang membesar sehingga menjadi penyanyi.

The Vocket/@aimannzr
The Vocket/@aimannzr
The Vocket/@aimannzr
The Vocket/@aimannzr
The Vocket/@aimannzr

Sepanjang hampir 2 jam persembahan beliau, penonton dipersembahkan dengan cerita dari setiap lagu yang dinyanyikan Nadin sambil ditemani oleh penari dengan gaya kontemporari.

Untuk rekod ini merupakan konsert pertama Nadin di Malaysia dan sudah pastinya ini bukan konsert terakhir beliau di sini. Para peminat mengharapkan agar Nadin akan tampil di pentas yang lebih gah dengan persembahan yang lebih menyengat.