Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew telah persoalkan sumbangan sebanyak RM20 juta yang diterima oleh pihak NGO Cinta Gaza Malaysia daripada rakyat Malaysia dan menuntut penjelasan daripada pihak Nadir Al-Nuri.

Lantaran itu, menerusi Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia secara live di Facebook tadi tampil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit iaitu isu sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setiap tahun yang disalurkan bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestine.

E7Ce7qHWYAELAP_

Nadir Al-Nuri menegaskan bahawa pihak Cinta Gaza Malaysia tidak mendapat sebanyak RM20 juta setiap tahun dan perkara berkenaan adalah palsu. Malah, sumbangan yang diterima bukanlah diuruskan oleh pihak Cinta Gaza Malaysia sahaja tetapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda.

https://twitter.com/AdDien90/status/1418805719663616003

Malah, pihak Cinta Gaza Malaysia hanya mengambil 3% sahaja untuk admin fees sedangkan boleh mengambil sehingga 30%. Tambahnya, beliau turut mengalu-alukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan mendedahkan ke mana sumbangan tersebut disalurkan.

Untuk membaca laporan kewangan Cinta Gaza Malaysia pada tahun 2018 boleh klik di sini dan untuk tahun 2019 tekan sini.

Bagi anda yang terlepas apa sebenarnya yang berlaku, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ebit Lew Jawab 10 Dakwaan Yang Dibuat Caprice Dan Nadir Al-Nuri Secara ‘Live’

Lelaki Ini Kongsi Cerita Penuh Caprice vs Ustaz Ebit Lew Yang Telah Diringkaskan