Terbaru, Neelofa pengusaha dan pengasas Nealofar Hijab telah mengeluarkan produk terbaru yang berkonsepkan hijab yang sesuai untuk para wanita bersukan.

neelofa_43403369_923545724503572_8657534736944388990_n

lofa.world_43462014_346690589231502_2983149682823590341_n
AURA NAELOFAR FIT BY NAELOFAR HIJAB

Hijab keluaran terbaru Neelofa ini boleh dikatakan persis produk performance hijab keluaran Nike yang telah keluar di pasaran Malaysia pada 15 Februari lalu.

hijab-4
NIKE PRO HIJAB

Produk terbaru ini dinamakan koleksi Aura daripada Naelofar Fit yang diperbuat daripada kain Poli Lycra yang mempunyai cengkaman yang boleh diperkuatkan sendiri yang mengeringkan peluh dengan cepat dan mempunyai logo reflektif 3M.

Aura, Naelofar Fit ini sesuai digunakan untuk wanita-wanita bertudung menjalankan aktiviti sukan dengan selesa kerana penyerapan peluh yang cepat dan anda boleh dapati produk keluaran terbaru Naelofar Hijab ini dengan kadar harga serendah RM55 sahaja.

Kepada anda yang menginginkan hijab ini, boleh dapati di laman web Naelofar Hijab sekarang kerana boleh dikatakan produk ini adalah sangat terhad.