Impian dan keinginan yang sudah lama dipendam oleh selebriti terkenal tanah air, Neelofa Mohd Noor untuk mengembangkan perniagaannya, Naelofar Hijab menerokai pasaran antarabangsa di Eropah semakin menjadi kenyataan.

Peluang terbuka buat Neelofa untuk memasarkan fesyen dan jenama tudung beliau ke Eropah apabila telah bertemu dan mengenali seorang ejen dari Amerika Syarikat, Norman yang kini telah menjadi pengurus global beliau.

https://www.instagram.com/p/BpbOk27nIDJ/

Norman mempunyai kepakaran yang dapat membantu beliau untuk mendapatkan kontrak di United Kingdom dan Perancis. Neelofa bakal menandatangani kontrak beliau dengan dua buah agensi tersebut pada minggu depan.

Menurut beliau, kedua-kedua agensi tersebut akan mewakili beliau dalam bidang fesyen dan kecantikan selain mengembangkan rangkaian tudung Naelofar Hijab ke pasaran antarabangsa.

Neelofa tidak ingin berada pada zon selesa dalam tempoh yang lama dan telah menjadi hasrat beliau untuk membawa imej Muslimah dan berhijab dalam fesyen ke seluruh dunia. Semoga dipermudahkan urusan untuk membawa jenama Neelofa ini ke luar negara.