Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) semalam telah menganjurkan Majlis Pelancaran Jubli Emas 50 tahun yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 31 Mac 1972 adalah daripada ilham Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al Haj.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awalnya, NAFAS dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan dan didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967. Ia bertanggungjawab sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang di seluruh negara.

Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang mencapai kemajuan, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani di seluruh negara telah dicantumkan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Berikutan perubahan yang berlaku di peringkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan telah didaftarkan semula sebagai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) pada 1984.

Sehingga hari ini, NAFAS telah disertai 14 Pertubuhan Peladang Negeri, (PPN), 279 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan dianggotai 928,636 ahli peladang di seluruh negara. Struktur ini melengkapkan rangkaian tiga peringkat pertubuhan peladang. Rangkaian Pertubuhan Peladang telah dipertanggungjawab untuk menyatukan dan menggembleng sumber Pertubuhan Peladang dan seterusnya berperanan sebagai badan perniagaan peladang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam ucapan perasmiannya berkata, tempoh 50 tahun yang dilalui NAFAS telah memperlihatkan betapa usaha keras dalam memastikan kebajikan serta menjaga kesejahteraan ahlinya, sekali gus terus mengembangkan dan memajukan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.

Rangkaian Pertubuhan Peladang di seluruh negara yang bergabung di bawah NAFAS telah berjaya merealisasikan hasrat Kerajaan membawa transformasi pertanian supaya menjadi sektor yang moden dan dinamik.

Mengulas lanjut mengenai iltizam NAFAS, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Zamri bin Yaakob berkata dalam memastikan NAFAS terus kekal relevan sebagai payung kepada rantaian Pertubuhan Peladang, NAFAS akan melaksanakan 5 Tekad NAFAS sebagai fokus menuju tahun 2030 yang merangkumi;

i. TEKAD PERTAMA : Pembangunan Industri Padi & Beras
ii. TEKAD KEDUA : Pemasaran Input Baja dan Kimia
iii. TEKAD KETIGA : Pemain Utama Industri Ayam
iv. TEKAD KEEMPAT : Sumber Kekayaan Baharu
v. TEKAD KELIMA : Kemakmuran Keluarga Peladang

Meniti usia 50 tahun, NAFAS lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan. Sebagai sebuah institusi yang menerajui pergerakan Pertubuhan Peladang serta sebagai badan perniagaan yang berdaya maju, NAFAS akan lebih dinamik dan produktif dalam mengurus serta membentuk masyarakat tani yang berdikari, makmur dan bersatu padu demi Keluarga Peladang.

KWSP sebelum ini mengeluarkan butiran penuh permohonan pengeluaran buat khas buat ahlinya. Baca lagi pada pautan di bawah.

KWSP Umum Butiran Penuh Permohonan Untuk Pengeluaran Khas RM10,000

‘Bersedia Eksport Karipap’- Netizen Bangga Siri Mechamato Terima Sambutan Hangat Di Jepun

Kerajaan Tanggung RM28 Bilion Subsidi Bahan Api Berikutan Kenaikan Harga Minyak Mentah Global