Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada netizen mendakwa drama The Hotel yang bakal ditayangkan hari ini di saluran TV berbayar mirip K-Drama seperti ‘Hotel Del Luna’ dan ‘The Penthouse‘.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Hal tersebut menjadi buah mulut netizen apabila melihat poster drama The Hotel yang membawa ‘vibes’ drama Korea. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa drama The Hotel tersebut mungkin ‘remake’ daripada drama Korea.

Akan tetapi, Michael Ang iaitu penerbit drama The Hotel telah menafikan hal tersebut dan idea untuk drama ini digarap semasa pelaksanaan PKP pertama di mana semua tidak boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti ketika pandemik berleluasa.

Tambahnya, jika drama The Hotel meniru drama Hotel Del Luna, pasti tidak lepas untuk ditayangkan. Manakala, Helmi Yusof yang merupakan pengarah drama ‘The Hotel’ mengucapkan terima kasih buat netizen kerana mempromosikan naskhah arahannya itu meskipun belum bersiaran.

Untuk pengetahuan anda, drama ‘The Hotel’ ini mengisahkan Raisa, seorang yang kaya tetapi mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Kemudiannya, Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia

Baru 90 Minit Dilancarkan, Muzik Video Solo Lisa Blackpink Raih Lebih 10 Juta Tontonan

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

Anda Mungkin Suka