Sebut mengenai Aamir Khan pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi salah seorang pelakon lelaki ikonik dalam industri Bollywood menerusi filem-filem hit seperti 3 Idiots, Dangal dan Dhoom antara yang membuatkan beliau diminati ramai.

Di sebalik kehebatan beliau dalam bidang lakonan, muncul pula sebuah berita baru-baru ini yang mengaitkan gaya sumbangan beliau yang kreatif dan unik. Menerusi perkongsian palsu yang dimuat naik serta tular di media sosial, Aamir Khan dikatakankan mahu menderma wang kepada golongan yang memerlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/Shoaibsayss/status/1255828859372605440

Dalam usaha untuk mengelakkan kebanjiran orang ramai mendapatkan bekalan makanan, Aamir Khan dikatakan sengaja menderma cuma 1kg tepung sahaja membuatkan orang ramai tidak berminat untuk mendapatkannya. Tanpa diketahui ramai, tepung yang diderma diisi dengan wang berjumlah 15,000 Rupee (~RM855.30). Dikatakan idea ‘genius’ ini dibuat dalam menapis golonga yang benar-benar memerlukan sahaja.

‘Kebijaksanaan’ Aamir Khan ini nyata telah membuatkan orang ramai percaya sekaligus mengaitkan kebijaksanaan beliau sebagai Rancho dalam filem 3 Idiots dengan diri beliau sebenar.

Meskipun berita palsu ini membuatkan beliau dipuji dan disukai peminat, Aamir Khan tampil menerusi laman Twitter beliau dalam menafikan sebarang sumbangan berkonsepkan Robin Hood seperti yang dikongsikan oleh orang ramai terhadap beliau.

https://twitter.com/aamir_khan/status/1257165603678240768?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1257165603678240768&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberita-hiburan%2Faamir-khan-nafi-beri-derma-senyap-senyap-dalam-karung-gandum-241512

Beliau juga turut menasihati orang ramai untuk stay safe bersempena dengan musim wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini. Menerusi berita palsu yang tular ini, orang ramai diminta orang lebih berhati-hati sebelum berkongsi melihatkan kepada kebanjiran berita palsu yang tular sejak akhir-akhir ini.

Minggu ini turut menyaksikan Azhar Ali yang dikaitkan dengan biasiswa NASA mengaku bahawa biasiswa yang diterimanya adalah tidak benar sama sekali.

Status Biasiswa NASA Meragukan, Azhar Ali Akhirnya Mengaku Ia Tidak Benar

Netizen Indonesia ‘Serang’ Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19