Melabel penagih dadah sebagai penjenayah dengan hukuman penjara tidak membantu mereka pulih tulis Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman di sebuah caption yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.

Menurut menteri berkenaan, pemulihan penagih dadah perlu diberi tumpuan oleh semua pihak berbanding memenjarakan mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurutnya di ruangan caption tersebut, beliau memperjuangkan isu tersebut dalam jawatankuasa khas dadah yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat jemaah menteri pada minggu lalu.

“Saya akan terus perjuangkan isu ini. Bukan kerana saya suka dadah, tetapi kerana saya nak bantu penagih kembali semula ke jalan yang betul. WE CAN DO THIS!”

“Penagih perlukan intervensi dari segi bantuan pemulihan dan kesihatan. Tailored Job-assistance program supaya mereka ada matlamat hidup dan diterima masyarakat.” katanya di Instagram di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, penagih dikalangan anak muda adalah 3 kali lebih banyak berbanding orang dewasa. Kebanyakkan mereka itu daripada keluarga yang susah. Ini menyebabkan mereka tidak mampu membayar wang jaminan dan kos guaman.

“Dadah bagi sesetengah pihak merupakan “escapism” kepada masalah hidup, sebab itu kenbanyakan yang terjebak datang dari keluarga yang susah.” tulis menteri tersebut.

Terdahulu,  Kerajaan akan mempercepatkan usaha menyahjenayahkan penagihan dadah dengan menubuhkan satu jawatankuasa khas dianggotai Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Ketua Setiausaha Negara.

Jawatankuasa itu ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Terdahulu, Yb Syed Saddiq mencadangkan mahu memperkenalkan perkhidmatan ‘Go-Jek’ di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

YB Syed Saddiq Cadang Mahu Memperkenalkan Perkhidmatan ‘Go-Jek’ Di Malaysia

Ini Respon Syed Saddiq Berkenaan Isu Graduan Protes Ketika Konvokesyen Universiti Malaya

Gambar Bersama Syed Saddiq, Siapa Sebenarnya Wanita Cantik Berbaju Kebaya Ini?