Nota Editor: Kisah ini disuarakan oleh Puan Suzana Ghazali yang berpengalaman sebagai perunding psikologi keluarga dan guaman syarie di Bina Bahagia Services. Dengan izin beliau, kami terbitkan semula di Vocket untuk bacaan Tuan Puan. Semoga bermanfaat.

Petikan bakal saya kongsikan di bawah ini adalah perkongsian saya mengenai satu kes yang pernah saya kendalikan, dikongsikan oleh Cik Puan Wizana, dikongsi semula oleh Puan Norhizan Awang dan saya kongsikan semula di wall saya sendiri hari ini.

IMG_0368
HYPE
Apa Yang Boleh Dijangka Daripada Intipati Belanjawan Selangor 2020?
Baca lagi →

Dialog dalam temujanji bersemuka saya bersama seorang client lelaki:

Klien: Bekas isteri saya minta tambah nafkah anak.

Saya: Umur anak berapa?

Klien: Anak 2, seorang 12 tahun, seorang 9 tahun. Sejak lepas cerai saya tak pernah putus bagi RM400 sebulan tapi baru ini, dia fail kes minta tambah pulak (pula).

Saya: Cerai bila?

Klien: 2006, memang tiap-tiap bulan saya tak pernah miss (gagal) bayar ke akaun dia RM400. Tau-tau sekarang ni dia minta tambah plak (pula).

Saya: Mmmm mudah kira lah, kalau lah tuan yang jaga anak-anak tu, cukup tak RM400 sebulan?

Klien: Memang cukup lah. Saya tau mesti cukup punya.

Saya: OK, mai (mari) kita kira. Bayar kat anak-anak RM400 kan? OK, untuk rumah, kalau sewa kat kawasan tempat bekas isteri tinggal sekarang dengan anak-anak, paling murah berapa?

Klien: Paling murah RM900 boleh dapat dah.

Saya: OK, RM900, katakanlah kira separuh je sebab separuh lagi bahagian bekas isteri, jadi sewa rumah RM450, betul?

Klien: Ya betul.

Saya: Tuan bagi untuk anak-anak RM400 ja, untuk penginapan pun belum cukup tu! Macamana tuan cakap RM400 dah cukup? Makan minum dan lain-lain belum kira lagi tu.

Klien: Tapi dia kerja, saya pun ada isteri baru, ada 2 anak tiri duduk dengan saya.

Saya: Betullah dia kerja tapi nafkah anak adalah tanggungjawab ayah, bukan ibu.

Klien: Ye ker bukan tanggungjawab ibu?

Saya: Ya, betul! Biaya nafkah anak bukan tanggungjawab ibu tapi kalau ibu bantu, itu ihsan. Ihsan ni, kalau tak buat tak berdosa, buat dapat pahala. Tapi tanggungjawab kalau tak buat berdosa. Awak tolong bekas isteri jaga anak tiri, tu ihsan. Tapi anak-anak awak yang jadi tanggungjawab awak, camana (macam mana)?

Klien: Habis tu, kalau ayah tu mati?

Saya: Kalau mati tu lain cerita la, ini cerita sebab masih hidup dan mampu berusaha. Ikut hukum syarak pun, kalau ayah meninggal, tanggungjawab biaya nafkah anak ditanggung oleh ayah kepada ayah si anak kalau masih ada, kalau tak de (ada), jatuh kat bapa saudara sebelah ayah, bukan ibu yang bertanggungjawab. Kalau saya peguam bekas isteri tuan, saya akan ketengahkan fakta tuan sengaja mencari beban baru dengan berkahwin lagi dan dengan sengaja juga gagal melaksanakan tanggungjawab dan mengabaikan anak-anak sedia ada.

Moga bermanfaat.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka