Pada tengah malam tadi, lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Perak.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata nahas tiga kenderaan mengakibatkan lima individu maut akibat rentung terbakar di KM246, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan jalan dilakukan pihak PLUS.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati treler membawa muatan mozek sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM 246 hingga 244.4 ditutup disebabkan oleh penyelenggaraan jalan. Pada masa yang sama, kereta Honda City terbabit sedang mengekori di belakang treler berkenaan, sebelum kedua-dua kenderaan itu dipercayai memperlahankan kenderaan.

Bagaimanapun, sebuah lagi treler membawa muatan besi pagar datang dari arah belakang Honda City berkenaan dan dan tidak sempat membrek, mengakibatkan ia merempuh bahagian belakang kereta berkenaan sebelum menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler bermuatan mozek terbabit.

Detik-detik kemalangan terbabit ada terakam padaĀ dashcamĀ salah seorang pengguna jalan raya ketika waktu itu, rakaman video yang tular itu mencetus pertikaian ramai bagaimana pemandu lori itu yang sedang membawa muatan boleh membawa laju seperti itu.

Tambah warganet lagi, memang ada segelintir pemandu kenderaan besar mempunyai cara pemanduan berbahaya yang boleh mencetuskan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

 

Menurut laporan Kosmo tengah hari tadi, Kerajaan Perak bersama pihak Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) akan menanggung keperluan ahli keluarga lima pelajar yang terkorban dalam kejadian tengah malam tadi.

ā€œSegala bentuk makan dan minum serta penginapan ahli keluarga mangsa yang datang dari dalam dan luar Perak di bawah tangungan Kerajaan Negeri dan USAS.

ā€œKita juga akan menanggung kos pengurusan jenazah seperti penyediaan van jenazah, mandi jenazah serta pengkebumian ke semua mereka di kampung halaman masing-masing,ā€ kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud.

Terdahulu, kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam itu telah mengorbankan lima sekawan. Bagaimanapun, pemandu treler muatan besi berusia 28 dan treler muatan mozel 37 tahun didapati tidak cedera.

Susulan dari itu pemandu treler muatan besi ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melaluiĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Dalam satu kejadian lain pula, pengunjung Genting Highlands cemas apabila ada sebuah Hyundai Elantra sedang terbakar secara tiba-tiba mengundur turun bukit.

JBPM Siasat Punca Hyundai Elantra Terbakar Mengundur Di Genting Highlands

Seronok ‘Test Power’ Kereta, Pemandu Mercedes-Benz AMG Nyaris Jadi Punca Kemalangan

Pemilik BMW Dedahkan Pemandu Preve Putar Belit Laporan Polis Demi Dapatkan Pampasan Insurans