Walaupun sudah banyak kali kejadian kemalangan melibatkan pengguna lebuh raya dengan haiwan ternakan yang berkeliaran pada lewat malam, masih ada lagi pemilik yang berdegil dengan membiarkan sahaja haiwan ternakannya merayap ke mana-mana sahaja.

Pada hari semalam satu rakaman video dashcam telah mengundang pertikaian netizen apabila sebuah kenderaan telah melanggar segerombolan lembu yang sedang berkeliaran di tengah-tengah lebuh raya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rakaman video dashcam itu menunjukkan sebuah kenderaan berjalan di satu lebuh raya yang sunyi pada pukul 1.30 pagi, berdasarkan masa yang tunjukkan pada dashcam mangsa.

Tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba terdapat segerombolan lembu sedaeng memenuhi kedua-dua lorong lebuh raya telah menyebabkan pemandu gagal membrek lebih awal, lalu menyebabkan kereta terbabit merempuh beberapa ekor lembu di hadapannya.

Insiden itu telah membuatkan mencetuskan pertikaian para warganet, ramai yang bersepakat insiden terbabit disebabkan oleh sikap pemilik haiwan terbabit yang tidak mengendahkan keselamatan orang lain.

Manakala ada juga yang berpendapat, pemandu tersebut yang bersalah kerana memandu melebihi had kelajuan yang telah ditetapkan di kawasan lebuh raya tersebut. Jika tidak, sudah pasti pemandu dapat membrek kecemasan lebih awal.

Sumber Gambar: Facebook Felda Gugus Adela
Sumber Gambar: Facebook Felda Gugus Adela
Sumber Gambar: Facebook Felda Gugus Adela
Sumber Gambar: Facebook Felda Gugus Adela
Sumber Gambar: Instagram @funtasticko_official
Sumber Gambar: Instagram @funtasticko_official

Pada tahun lalu seorang penternak lembu dikenakan kompaun sebanyak RM4,400 oleh Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) selepas didapati membiarkan ternakannya berkeliaran.

Yang Dipertua (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata diharapkan agar tindakan itu akan dapat memberikan pengajaran kepada kesemua pemilik haiwan ternakan untuk menjaga haiwan masing-masing supaya tidak menyebabkan masalah keselamatan dan kacau ganggu kepada orang ramai, lapor Sinar Harian.

Tindakan seorang lelaki berpaut pada kereta Myvi telah mengundang kerisauan orang ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Jadi Punca Kemalangan 4 Kenderaan, Lelaki China Ini Cuba ‘Selamatkan Diri’ Dengan Berpaut Pada Myvi

Netizen Ngeri Lihat Keadaan Motosikal Yang Melambung Selepas Rempuh Kereta

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Sumber