Keadaan permukaan jalan yang beralun, air bertakung di atas jalan ketika waktu hujan dan sambungan yang tidak rata antara jambatan dan jalan bukanlah satu gambaran yang diimpikan bagi sebuah laluan yang dilabelkan sebagai lebuhraya bertaraf tinggi dengan ciri-ciri tercepat, tanpa gangguan, paling selesa dan memberi perjalanan yang selamat kepada kenderaan dari bandaraya Kuala Lumpur ke bandaraya persisir pantai Kuala Terengganu yang tersohor dengan budaya dan tradisi.

Petikan dari laman web rasmi LPT2:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
LPT2.GOV.MY
LPT2.GOV.MY

Perasaan gembira dan teruja sewaktu pengumuman pembukaan sepenuhnya LPT2 pada 1 Februari 2015, kini berubah menjadi risau dan takut apabila melihat semakin meningkat jumlah nahas yang berlaku di LPT2 sehingga meragut 85 nyawa walaupun belum sampai setahun ia beroperasi.

Baca: Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia Lebih Tinggi Daripada Purata Dunia

LPT2.GOV.MY
LPT2.GOV.MY

Semalam, solat hajat bagi memohon keselamatan agar pengguna LPT2 selamat dan dilindungi daripada ditimpa musibah dan gangguan makhluk halus telah dibuat di perkarangan bangunan pentadbiran Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu. Kira-kira 300 orang menunaikan solat maghrib dan solat hajat yang diketuai oleh Imam Besar Negeri Terengganu, Aizi Saidi Abd. Aziz.

Terengganu Times
Terengganu Times

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang turut serta solat hajat tersebut telah merumuskan kadar nahas yang tinggi di LPT2 berdasarkan taklimat dan siasatan pihak-pihak berkenaan adalah berpunca daripada:

  • 70% kecuaian pengguna
  • 14% faktor persekitaran (termasuk permukaan beralun)
  • 9% faktor kenderaan

Baca: 13 Perkara Yang Patut Dibuat Selepas Menyaksikan Kenderaan Kemalangan

Terengganu Times
Terengganu Times

Punca utama nahas di LPT2 iaitu kecuaian manusia pernah dilaporkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada akhir Jun yang lalu.

“Daripada 339 kes kemalangan di LPT2 antara 1 Februari hingga 2 Jun lepas, 70 peratus atau 238 kemalangan berpunca daripada faktor manusia,” kata Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh.

Beliau turut berkata penyebab kecuaian manusia di LPT2 adalah disebabkan oleh pemandu memandu melebihi had laju, gagal mematuhi arahan keselamatan dan memandu dalam keadaan mabuk.

Tonton: Potong Lori Jadi Lebih Mudah Dengan Mengaplikasikan Solusi Samsung Ini

Berikutan itu, Datuk Seri Ahmad Razif menyatakan tiga langkah drastik akan diambil bagi megurangkan kadar kemalangan maut di LPT2 iaitu menempatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang akan dilengkapi dengan peralatan bantuan, memasang papan-papan tanda amaran di lokasi tertentu, dan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan di lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram